Ubah Gaya Hidup Elak Kanser.
Kira-kira satu pertiga daripada semua jenis kanser sebenarnya boleh dicegah setiap tahun jika orang ramai mengamalkan corak pemakanan yang sihat, tidak mengambil minuman beralkohol dan lebih banyak bersenam.
Kira-kira satu pertiga daripada semua jenis kanser sebenarnya boleh dicegah setiap tahun jika orang ramai mengamalkan corak pemakanan yang sihat, tidak mengambil minuman beralkohol dan lebih banyak bersenam.
Pakar
Kesihatan dari Institut Penyelidikan kanser Amerika Syarikat (AICR) dan
Dana Penyelidikan Kanser Dunia (WCRF) percaya bahawa membuat sedikit
perubahan mudah bagi gaya hidup seharian boleh mencegah kira-kira 40
peratus kanser payu dara di Britain dan Amerika Syarikat.
Begitu juga bagi beribu-ribu kes kanser usus, perut dan prostat.
"Sungguh
menyedihkan apabila melihat tahun 2011 masih ramai orang yang mati
akibat kanser yang sepatutnya boleh dicegah melalui diet, mengekalkan
berat badan yang sihat, aktiviti fizikal dan faktor-faktor gaya hidup
yang lain," kata MArtin Wiseman, Penasihat Perubatan dan Saintifik WCRF.
Menurut
Wiseman, di China saja sebanyak 620,000 kes kanser atau 27 peratus
boleh dicegah, manakala di AS sebanyak 35peratus atau 340,000 kes dan di
Britain sebanyak 37 peratus.
Gaya hidup yang sihat juga dapat mencegah 61,000 kes kanser di Brazil dan 79,000 kes di Britain.
Penemuan
WCRF tersebut disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang
turut menyarankan bahawa kerap berenam boleh menghalang banyak penyakit
seperti kanser, sakit jantung dan diabetes.
Kanser merupakan punca kematian utama di seluruh dunia dan insidennya terus meningkat.
Setiap
tahun kira-kira 12.7 juta orang didapati menghidap kanser dan 7.6 juta
orang mati disebabkan penyakit yang berbentuk kanser. Terdapat kira-kira
200 jenis kanser yang diketahui.
Mengikut
Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC),
kanser akan membunuh lebih daripada 13.2 juta orang setahun menjelang
tahun 2030, iaitu hampir dua kali ganda daripada jumlah yang mati pada
2008 dan majoriti kematian adalah di negara-negara yang lebih miskin.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, WHO yang beribu pejabat di
Geneva menyebut, kadar aktiviti fizikal yang rendah menjadi punca utama
kepada anggaran 21 hingga 25 peratus kes kanser payu dara dan usus, 27
peratus bagi kes diabetes dan 30 peratus kes penyakit jantung di seluruh
dunia.
Timbalan
Ketua Bahagian Sains WCRF, Rachel Thompson, berkata walaupun mesejnya
mudah - iaitu jangan merokok, makan makanan yang baik dan mengekalkan
berat badan yang sihat boleh membantu mengelak kebanyakan jenis kanser -
namun ia sukar untuk difahami oleh orang ramai.
"Kita
sudah cuba sebaik mungkin untuk sampaikan mesej tentang ini yang anda
perlu makan dan jumlah ini yang sepatutnya anda lakukan senaman, tetapi
masih sukar untuk difahami".
WHO turut menyebut bahawa individu dewasa sepatutnya melakukan senaman sederhana sekurang-kurangnya 150minit seminggu.
Ini boleh dilakukan hanya dengan berjalan kaki selama 30minit lima kali seminggu atau berbasikal ke tempat kerja setiap hari.
Dalam
pada itu Ketua Yayasan Paru-Paru Sedunia, Peter Baldini juga menyeru
semua kerajaan di seluruh dunia memperkenalkan undang-undang bebas rokok
dan menaikkan harga rokok.
Ini
kerana rokok telah membunuh berjuta-juta perokok setiap tahun dan
kanser paru-paru berkaitan dengan tabiat merokok juga telah membunuh
beribu-ribu orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok.
Memang tidak ada peluru ajaib yang dapat menyembuhkan semua bentuk
kanser, tetapi kita ada peluang dan obligasi untuk melindungi diri dan
orang tersayang daripada apa juga bentuk kanser dalam apa juga cara,"
kata Baldini.
Sumber daripada UTUSAN MALAYSIA - 8 Februari 2011 (MegaMode)
No comments:
Post a Comment