Kisah Perompak Dan Pegawai Bank


KISAH DAN TAULADAN




Semasa rompakan sedang berlaku perompak berteriak: 


"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..
."



Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"


*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!





Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak 

yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."


Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila 


baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah 

rompakan dari berita tersebut."


*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada 


sijil kertas!


Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan 


cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan 

tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".



*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan 

anda!



Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita 

gelapkan duit"



*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!


Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira 

dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta. 



Perompak sangat marah dan mengadu: 

"Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank 

pula mengambil $ 80 

juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada 

menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!



Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah 

dilangsaikan oleh duit rompakan itu.



*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang 

lain!
Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?



1 comment:

I'm back again

Agak lama juga saya tidak mengemaskini blog saya ini. Rasanya dah bertahun dah tak aktif hahaha... Ok, sekarang ada banyak masa untuk saya ...